Posts

Showing posts from November, 2018

VAPE dibenarkan kecuali ROKOK?

Image
Rokok elektronik (vape) dan shisha tidak termasuk dalam peraturan larangan merokok di semua premis makanan yang akan dikuatkuasakan pada 1 Jan 2019, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. PUTRAJAYA : Rokok elektronik (vape) dan shisha tidak termasuk dalam peraturan larangan merokok di semua premis makanan yang akan dikuatkuasakan pada 1 Jan 2019, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. Beliau, bagaimanapun berkata kementerian masih dalam peringkat perbincangan untuk menguatkuasakan peraturan membabitkan vape dan shisha dalam masa terdekat. “Pada masa ini, peraturan itu membabitkan produk berkaitan tembakau, tetapi untuk vape dan shisha kita akan ambil pendekatan mengikut peraturan dan undang-undang tetapi dalam kategori perundangan yang lain. “Kita sudah ambil perhatian (mengenai vape dan shisha) cuma ia belum diluncurkan lagi (diputuskan), tetapi dalam waktu agak munasabah akan kita laksanakan,” katanya pada majlis Anugerah dan Pengiktirafan Kempen Blue ...

Kerana parking OKU!! Dia dilanyak teruk.

Image
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki cedera di tangan dan dada selepas diserang 20 individu tidak dikenali dalam kejadian di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Air Panas, Setapak di sini, malam tadi. Dalam kejadian jam 9.45 malam itu, mangsa berusia 35 tahun dipercayai diserang akibat tidak puas hati kerana mangsa membuat aduan berhubung isu parkir di perumahan berkenaan. Difahamkan, mangsa membuat aduan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkenaan parkir orang kelainan upaya (OKU) yang disalah guna penduduk. Menurut sumber, mangsa diserang menggunakan kayu, parang dan batu oleh individu berkenaan dipercayai penduduk setempat. “Mangsa mengalami luka di tapak tangan dan mengadu sakit dada selepas kejadian. “Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) kemudian dihubungi untuk memberi rawatan kepada mangsa,” katanya. Sementara itu jurucakap APM berkata, mangsa diberi rawatan di lokasi kejadian oleh anggota yang bertugas. “Mangsa kemudian dibawa...

Lebih Lagi

loading...