Posts

Showing posts from December, 2017

MAHFUZ KELUAR PAS MALAM INI

Image
AHLI Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar. ALOR SETAR: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, hari ini mengumumkan keluar daripada PAS berkuat kuasa 11.59 malam ini. Mengumumkan pendiriannya pada satu sidang media di sini, bekas Naib Presiden PAS itu memberi alasan kegagalannya menjadi "penghubung" antara gabungan pembangkang dan PAS sebagai punca beliau mengambil keputusan itu. Mahfuz menyertai PAS sejak 34 tahun lalu. Beliau berkata surat pemberhentian keahlian akan dihantar kepada Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, melalui emel petang ini. Selain Mahfuz, turut mengambil tindakan sama ialah isteri beliau, Datin Ruswati Jaafar, 58 dan anak mereka, Siti Nur Syahidah, 30. Seorang lagi anak beliau, Muhammad Mujaheed, 35, sudah keluar parti setahun lalu. Mengulas tindakannya itu, Mahfuz berkata misi pertamanya yang ingin menjadi penghubung antara PAS dan gabungan pembangkang PKR, DAP, Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Pr...

perggh.. Tebus Hutang LUCIFER, Puja Iblis Punca Utama Jonghyun BUNUH DIRI!

Image
KEMATIAN anggota kumpulan SHINee iaitu Jonghyun akibat bunuh diri pada 18 Oktober lalu terus mendapat perhatian peminat di seluruh dunia. Menurut laporan Mirror, lebih 10,000 peminat hadir ke Hospital Asan, Seoul, bagi memberi penghormatan terakhir kepada penyanyi itu. Selain peminat, anggota kumpulan SHINee sendiri, Girls Generation, EXO dan NCT turut hadir ke upacara itu. Malah, berita kematian tragis itu turut menjadi trending di laman Twitter apabila hampir 60,000 tweet dihantar dengan menggunakan tanda pagar #YouDidWellJonghyun. Menerusi nota terakhir yang ditulis, Jonghyun bercerita mengenai tekanan perasaan yang dihadapinya. Jonghyun mati dipercayai akibat bunuh diri. “Hati saya remuk. Kemahsyuran bukanlah untuk saya. Saya sudah buat yang terbaik. Cukuplah setakat ini, selamat tinggal,” tulisnya. Menurut pihak polis, penyanyi berusia 27 tahun itu membunuh diri selepas menghidu asap karbon monoksida yang dibakar dalam biliknya. Sementara itu, kematian Jonghyun te...

Suspek Kereta BMW tikam, gilis akhirnya tumpas direman seminggu

Image
SEORANG lelaki dan seorang wanita yang ditahan bagi membantu siasatan kes pembunuhan tragik lelaki di stesen minyak Taman Pelangi, Johor Bahru, Ahad lalu, direman seminggu. Mereka yang ditahan semalam direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Noor Aisyah Ahmad. Turut ditahan reman sehingga 27 Disember ini, empat lagi lelaki yang ditahan awal pagi ini. Difahamkan, semua lelaki yang berusia dalam lingkungan 20-an itu ditahan di sekitar Johor Bahru, pagi tadi juga bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan. Sementara itu, selepas tiga hari berada di Pusat Peringatan Nirvana di Jalan Skudai, Johor Bahru, mendiang mangsa pembunuhan itu dibawa ke Taman Peringatan Jelutong, Melaka untuk disemadikan. Mendiang dibawa pada 9.50 pagi selepas ahli keluarga selesai memberi penghormatan terakhir. sumber : harian metro

Wanita lebih bahagia bersama lelaki yang kurang menarik, berdasarkan kajian baru

Image
  Kita semua mempercayai bahawa penampilan tidak sepatutnya menjadi isu ketika bercinta, dan beberapa wanita mengakui bahawa mereka memang lebih bahagia menjalinkan hubungan dengan lelaki yang kurang menarik. Dalam penyelidikan yang dijalankan oleh Florida State University di kalangan pasangan heteroseksual, pakar mendapati bahawa hubungan yang berjaya lebih cenderung kepada wanita yang menarik. Rupa-rupanya, wanita lebih gembira apabila mereka bersama lelaki kurang menarik Kredit: allkpop Menurut artikel Unilad, ini adalah kesimpulan para penyelidik tentang kajian ini: “Untuk melengkapkan kajian, pasangan bersetuju untuk dinilai atas daya tarikan mereka oleh penyelidik dari Southern Methodist University dan Florida State University. Mereka diberikan soalan soal selidik untuk dijawab.” “Kajian ini mengkaji 113 pasangan baru berusia 20-an, yang tinggal berhampiran Dallas dan telah berkahwin kurang daripada empat bulan.” Mempunyai suam...

12 Kelebihan Suami Simpan Janggut, Rupanya Isteri Pun Dapat Untung Sama. No 8 Paling Isteri Suka!

Image
Buat isteri yang selama ini rasa geli atau kurang gemar jika suami anda simpan janggut tidak kiralah janggut sejemput atau jambang, inilah masanya untuk anda ubah persepsi itu. Bagi yang suka dengan ‘aksesori’ lelaki yang satu ini, sememangnya anda seorang isteri yang beruntung kerana ‘aksesori’ ini banyak kelebihannya! Selain mendapat pahala berganda kerana ia merupakan sunah Rasulullah SAW, kajian yang diterbitkan dalam “The Journal of Evolutionary Biology” mengatakan wanita lebih cenderung inginkan lelaki yang berjanggut dan melihat lelaki sebegini sebagai rakan kongsi jangka panjang. Oleh itu, ayuh baca fakta unik ini untuk lebih meyakinkan anda bahawa lelaki yang menyimpan janggut bukan sahaja memberi manfaat buat dirinya sendiri malah turut bermanfaat untuk isterinya. 1. Malaikat tadah air wuduk yang jatuh dari janggut Ketika zaman Rasulullah SAW ada seorang sahabat yang berjanggut nipis yang sedang mengambil wuduk untuk bersembahyang di masjid. Melihatkannya, Rasulu...

Anak Sheila Rusly Melutut Bagi Bunga Pada Janna Nick, Alahai Sweetnya… Ada Apa Apa Ke?

Image
TINDAKAN penerbit Sheila Rusly memaparkan gambar dua anak lelakinya, Uzair Haqimy dan Luth Mikhail bersama Janna Nick berserta keterangan ‘MyNyawa’ di laman Instagram mengundang persepsi masyarakat yang menganggap Janna bakal dijodohkan dengan salah-seorang anaknya. Janna, 22, ketika ditemui menafikan perkara ini dan berkata, hubungannya dengan keluarga Sheila ibarat sebuah keluarga. “Memang tidak terlintas langsung soal ini di fikiran saya. Semua orang tahu kak Sheila tiada anak perempuan dan mempunyai dua anak lelaki. “Jadi, dia melayan saya seperti anak perempuan yang lebih dekat dengannya,” katanya. Bagi Janna, apabila anak-anak Sheila meningkat dewasa, mereka buat hal sendiri dan sebagai ibu, Sheila memerlukan seorang anak perempuan yang boleh dijadikan kawan yang boleh dibawa bercerita dan berkongsi apa saja. “Saya memahaminya dan dia faham dengan saya. Apapun saya ambil itu sebagai satu perkara yang baik untuk mengeratkan silatulrahim antara kami. “Ia satu anugerah ...

Cara Lembutkan Daging Dan Ayam Beku Dalam Masa 5 Minit

Image
Memang agak melecehkan apabila terpaksa menunggu daging yang kita bekukan dalam peti sejuk menjadi lembut sebelum dimasak. Biasanya, daging direndam dalam air untuk dilembutkan namun ia mengambil masa yang lama (kira-kira sejam) untuk menjadi lembut. Antara cara paling cepat dan mudah ialah dengan memasukkan daging ke dalam  microwave  namun kebiasannya kesegaran daging akan sedikit “lari” dan kemungkinan juga masakan anda akan menjadi  overcooked . Apa kata anda cuba petua dibawah. Peralatan yang anda perlukan adalah dua periuk jenis steel. 1. Terbalikkan periuk pertama. 2. Letakkan daging yang ingin dilembutkan atas permukaan belakang (bahagian punggung) periuk tadi. 3. Letakkan periuk yang satu lagi di atas daging tadi. (Kedudukan daging diapit oleh dua periuk) 4. Isikan air ke dalam periuk tersebut. 5. Tunggu sehingga daging beku tersebut menjadi lembut. Masa yang diambil bergantung kepada ketebalan daging. (Biasanya 5-10 minit) Secara f...

Lihat Gambar-Gambar Menarik Filem KL Special Force Setaraf Hollywood

Image
Bagi yang tidak tahu, Skop Production kini sedang dalam proses pembikinan filem aksi berjudul KL Special Force. Filem yang bakal ditayangkan pada tahun hadapan itu diarahkan oleh pengarah muda, Syafiq Yusof (Abang Long Fadil 2, Desolasi). Antara pelakon-pelakon yang membintangi filem aksi ini adalah Datuk Rosyam Nor, Syamsul Yusof, Fattah Amin, Tania Hudson dan Sabrina Ali. Filem aksi kepolisan ini bakal menampilkan aksi-aksi lagak ngeri yang asli dan tidak bergantung penuh pada kesan-kesan khas. Menurut pengarahnya, filem ini hanya menampilkan kesan khas sebanyak 10% sahaja. “Semuanya dilakukan dengan pekerja aksi lagak ngeri untuk memaparkan keaslian dan mengurangkan efek khas kepada kira-kira 10 peratus saja,”  – Syafiq Yusof Pembikinan filem KL Special Force ini telah menelan belanja kira-kira RM2.5 juta dan buat masa ini tiada tarikh tayangan yang ditetapkan oleh pihak produksi. Sementara menantikan filem aksi polis ini, mari kita lihat ...

Turunkan kencing manis and kolestrol .? Cuma minum air ini je

Image
Saya selalu mengalami kebas-kebas kaki. Suami pula tinggi bacaan kolestrol. Selepas amalkan minum air ini saya tidak lagi kebas kaki, kolestrol suami juga telah turun. Berbaloi kan dari berhabis duit beli ubat setiap bulan. Cara penyediaannya: 1. Kacang bendi 10 – 15 biji dibasuh dan dipotong. 2. Air masak 1 liter. 3. Masukkan bendi yang telah dipotong ke dalam air. 4. Simpan di dalam peti sejuk. Minum selalu. Bila air telah habis, boleh ditambah air semula hingga penuh. Air boleh ditambah sehingga 3 kali sahaja. Jangan bimbang jika airnya jadi makin likat. Rasanya akan jadi makin sedap diminum segar. Sumber : Sis gempak

Lebih Lagi

loading...