Posts

VAPE dibenarkan kecuali ROKOK?

Image
Rokok elektronik (vape) dan shisha tidak termasuk dalam peraturan larangan merokok di semua premis makanan yang akan dikuatkuasakan pada 1 Jan 2019, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. PUTRAJAYA : Rokok elektronik (vape) dan shisha tidak termasuk dalam peraturan larangan merokok di semua premis makanan yang akan dikuatkuasakan pada 1 Jan 2019, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. Beliau, bagaimanapun berkata kementerian masih dalam peringkat perbincangan untuk menguatkuasakan peraturan membabitkan vape dan shisha dalam masa terdekat. “Pada masa ini, peraturan itu membabitkan produk berkaitan tembakau, tetapi untuk vape dan shisha kita akan ambil pendekatan mengikut peraturan dan undang-undang tetapi dalam kategori perundangan yang lain. “Kita sudah ambil perhatian (mengenai vape dan shisha) cuma ia belum diluncurkan lagi (diputuskan), tetapi dalam waktu agak munasabah akan kita laksanakan,” katanya pada majlis Anugerah dan Pengiktirafan Kempen Blue ...

Kerana parking OKU!! Dia dilanyak teruk.

Image
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki cedera di tangan dan dada selepas diserang 20 individu tidak dikenali dalam kejadian di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Air Panas, Setapak di sini, malam tadi. Dalam kejadian jam 9.45 malam itu, mangsa berusia 35 tahun dipercayai diserang akibat tidak puas hati kerana mangsa membuat aduan berhubung isu parkir di perumahan berkenaan. Difahamkan, mangsa membuat aduan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkenaan parkir orang kelainan upaya (OKU) yang disalah guna penduduk. Menurut sumber, mangsa diserang menggunakan kayu, parang dan batu oleh individu berkenaan dipercayai penduduk setempat. “Mangsa mengalami luka di tapak tangan dan mengadu sakit dada selepas kejadian. “Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) kemudian dihubungi untuk memberi rawatan kepada mangsa,” katanya. Sementara itu jurucakap APM berkata, mangsa diberi rawatan di lokasi kejadian oleh anggota yang bertugas. “Mangsa kemudian dibawa...

Nora Danish sudah buat persiapan

Image
Nora Danish bersama suami TERUJA  menanti kelahiran, Nora Danish mengakui sudahpun membuat persiapan membeli barang kelengkapan bayi. Namun, katanya, ia masih dilakukan secara berpada-pada demi mengelakkan berlakunya pembaziran. "Saya dan suami memang excited sangat. Setiap hari kami menghitung hari. Tak sabar nak tunggu baby keluar. "Yelah, dah lama tak ada baby kecil. Rindu.... (ketawa). Barang pun dah siap beli," katanya pada Sinar Harian ketika ditemui di majlis pelancaran kosmetik miliknya, Oh Most Wanted!. Kini, usia kandungan bintang filem Polis Evo ini sudah pun berusia tujuh bulan dan dijangka melahirkan anak pada 9 Mac depan. Bayi itu merupakan anak sulung hasil perkongsian hidup selebriti berusia 35 tahun ini dengan Nedim Nazri. Terdahulu, Nora dikurniakan seorang anak lelaki daripada perkahwinan lalu, Putra Rayqal Rizal Ashram, 8 tahun. "Sebenarnya, bukan saya dan su...

MAHFUZ KELUAR PAS MALAM INI

Image
AHLI Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar. ALOR SETAR: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, hari ini mengumumkan keluar daripada PAS berkuat kuasa 11.59 malam ini. Mengumumkan pendiriannya pada satu sidang media di sini, bekas Naib Presiden PAS itu memberi alasan kegagalannya menjadi "penghubung" antara gabungan pembangkang dan PAS sebagai punca beliau mengambil keputusan itu. Mahfuz menyertai PAS sejak 34 tahun lalu. Beliau berkata surat pemberhentian keahlian akan dihantar kepada Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, melalui emel petang ini. Selain Mahfuz, turut mengambil tindakan sama ialah isteri beliau, Datin Ruswati Jaafar, 58 dan anak mereka, Siti Nur Syahidah, 30. Seorang lagi anak beliau, Muhammad Mujaheed, 35, sudah keluar parti setahun lalu. Mengulas tindakannya itu, Mahfuz berkata misi pertamanya yang ingin menjadi penghubung antara PAS dan gabungan pembangkang PKR, DAP, Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Pr...

perggh.. Tebus Hutang LUCIFER, Puja Iblis Punca Utama Jonghyun BUNUH DIRI!

Image
KEMATIAN anggota kumpulan SHINee iaitu Jonghyun akibat bunuh diri pada 18 Oktober lalu terus mendapat perhatian peminat di seluruh dunia. Menurut laporan Mirror, lebih 10,000 peminat hadir ke Hospital Asan, Seoul, bagi memberi penghormatan terakhir kepada penyanyi itu. Selain peminat, anggota kumpulan SHINee sendiri, Girls Generation, EXO dan NCT turut hadir ke upacara itu. Malah, berita kematian tragis itu turut menjadi trending di laman Twitter apabila hampir 60,000 tweet dihantar dengan menggunakan tanda pagar #YouDidWellJonghyun. Menerusi nota terakhir yang ditulis, Jonghyun bercerita mengenai tekanan perasaan yang dihadapinya. Jonghyun mati dipercayai akibat bunuh diri. “Hati saya remuk. Kemahsyuran bukanlah untuk saya. Saya sudah buat yang terbaik. Cukuplah setakat ini, selamat tinggal,” tulisnya. Menurut pihak polis, penyanyi berusia 27 tahun itu membunuh diri selepas menghidu asap karbon monoksida yang dibakar dalam biliknya. Sementara itu, kematian Jonghyun te...

Suspek Kereta BMW tikam, gilis akhirnya tumpas direman seminggu

Image
SEORANG lelaki dan seorang wanita yang ditahan bagi membantu siasatan kes pembunuhan tragik lelaki di stesen minyak Taman Pelangi, Johor Bahru, Ahad lalu, direman seminggu. Mereka yang ditahan semalam direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Noor Aisyah Ahmad. Turut ditahan reman sehingga 27 Disember ini, empat lagi lelaki yang ditahan awal pagi ini. Difahamkan, semua lelaki yang berusia dalam lingkungan 20-an itu ditahan di sekitar Johor Bahru, pagi tadi juga bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan. Sementara itu, selepas tiga hari berada di Pusat Peringatan Nirvana di Jalan Skudai, Johor Bahru, mendiang mangsa pembunuhan itu dibawa ke Taman Peringatan Jelutong, Melaka untuk disemadikan. Mendiang dibawa pada 9.50 pagi selepas ahli keluarga selesai memberi penghormatan terakhir. sumber : harian metro

Wanita lebih bahagia bersama lelaki yang kurang menarik, berdasarkan kajian baru

Image
  Kita semua mempercayai bahawa penampilan tidak sepatutnya menjadi isu ketika bercinta, dan beberapa wanita mengakui bahawa mereka memang lebih bahagia menjalinkan hubungan dengan lelaki yang kurang menarik. Dalam penyelidikan yang dijalankan oleh Florida State University di kalangan pasangan heteroseksual, pakar mendapati bahawa hubungan yang berjaya lebih cenderung kepada wanita yang menarik. Rupa-rupanya, wanita lebih gembira apabila mereka bersama lelaki kurang menarik Kredit: allkpop Menurut artikel Unilad, ini adalah kesimpulan para penyelidik tentang kajian ini: “Untuk melengkapkan kajian, pasangan bersetuju untuk dinilai atas daya tarikan mereka oleh penyelidik dari Southern Methodist University dan Florida State University. Mereka diberikan soalan soal selidik untuk dijawab.” “Kajian ini mengkaji 113 pasangan baru berusia 20-an, yang tinggal berhampiran Dallas dan telah berkahwin kurang daripada empat bulan.” Mempunyai suam...

Lebih Lagi

loading...